Our Journey

Keindahan dan Keselesaan dalam Setiap Pemasangan Karpet

Dalam usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam pemasangan karpet, syarikat kami sentiasa menitikberatkan kualiti, kejujuran, dan ketelitian dalam setiap projek yang dijalankan. Kami percaya bahawa perniagaan bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi juga satu bentuk ibadah apabila dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Menjelang bulan puasa, banyak masjid dan surau berlumba-lumba menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah, terutama pada waktu tarawih. Tidak ketinggalan juga para jemaah, termasuk yang berada di perantauan, yang mengambil peluang untuk mencari rezeki akhirat dengan membantu masjid dan surau dalam kerja-kerja mereka.

Antaranya adalah Masjid Simpang Tiga, yang terletak di Parit Sulong, Batu Pahat. Tuan Pengerusinya, Cikgu Zaidi, menghubungi syarikat kami untuk mempertimbangkan beberapa pilihan karpet yang sesuai dengan masjid mereka. Sebut harga kami diajukan kepada seorang dermawan, anak jati qariah Masjid Simpang Tiga yang berniaga di perantauan. Selepas perbincangan, penginfak telah memilih karpet jenis Raudah 12 mil berwarna hijau untuk diwakafkan ke masjid.

Pasukan kami mengambil masa dua hari untuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan termasuk pembersihan kawasan. Setiap potongan karpet dibuat dengan teliti agar sempurna mengikut ruang yang ditetapkan. Dengan menggunakan peralatan moden dan teknik pemasangan yang profesional, kami memastikan setiap karpet terpasang kemas tanpa lipatan atau cela.

Setelah kerja selesai, Tuan Imam 1 masjid tersebut meneliti karpet dan berpuas hati dengan hasil kerja kami. Para jemaah juga memberikan maklum balas positif, menyatakan bahawa karpet baharu ini memberikan keselesaan dan kehangatan dalam beribadah.

Sebagai sebuah syarikat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam, kami berasa bangga dapat menyumbang kepada keselesaan dan keindahan masjid melalui kerja pemasangan karpet ini. Semoga usaha kecil ini menjadi satu amal jariah yang berterusan dan memberi manfaat kepada umat Islam yang datang untuk bersolat dan beribadah.

Kami di syarikat T.H.SHARAFALI CARPETS akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan penuh integriti dan dedikasi. Semoga setiap langkah kami diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Aamiin.

Semoga ALLAH (S.W.T) murahkan lagi rezeki dermawan yang budiman, semoga lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Hubungi kami untuk projek pemasangan karpet di masjid atau Surau anda

https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1

#solat #berjemaah #karpet #pasangkarpet #karpetsurau #karpetmasjid #surau #karpetcantik #karpettahanlama #karpetberkualiti #MASJIDJAMEKSIMPANGTIGA #PARITSULONG #BATUPAHAT #TAHFEEZRAUDAH #HIJAU

Gallery

Watch Video