ABOUT OUR JOURNEY

Mengurangkan Bunyi Enjin Bot dengan Teknik Peredam Bunyi

Seorang usahawan muda di Muar memiliki sebuah kapal bersaiz sederhana yang sering disewakan kepada pelancong untuk bersiar-siar di perairan Selat Melaka. Namun, beliau menghadapi cabaran apabila bunyi enjin bot terlalu kuat, menjejaskan pengalaman pelancong yang ingin menikmati suasana yang lebih tenang.

Kami dihubungi untuk mencadangkan strategi mengurangkan bunyi enjin, dan selepas menilai keadaan, kami mencadangkan penggunaan underlay rubber, yang biasa digunakan untuk quiet room, sebagai lapisan peredam bunyi.

Bagi memastikan kemasan yang lebih estetik dan selesa, lapisan tersebut kemudian ditutup dengan karpet tebal jenis Royal Galaxy 2 berwarna coffee. Walaupun kawasan kerja agak kecil, proses pemasangan tetap mencabar dan mengambil masa 4 jam untuk disiapkan dengan sempurna.

Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan! Bunyi enjin berkurang dengan ketara, dan pelanggan kami berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Kini, para pelancong boleh menikmati perjalanan dengan suasana yang lebih selesa dan damai.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan!

Hubungi kami untuk projek pemasangan karpet di masjid atau Surau anda

https://wa.me/message/LA5T6YCRECNFE1

#karpetoffice #karpetboat #karpet #pasangkarpet #karpetcantik #karpetpejabat #pejabat #karpettahanlama #karpetberkualiti #BLISSBAYSDNBHD #

ROYAL GALAXY 2


ROYAL GALAXY 2


ROYAL GALAXY 2


ROYAL GALAXY 2


ROYAL GALAXY 2